Khamis, 14 Mac 2013

Sarang Burung Lautan @ Rumpai Laut

Sarang Burung Laut Organik atau Rumpai Laut (Kadang-kadang juga di panggil Rumput Laut) merupakan satu anugerah alam yang tidak terperi manfaat dan khasiatnya. Diistilah sebagai "seaweed" dalam bahasa Inggeris atau "saghe" dalam loghat kelantan. Ia biasa boleh didapati di perairan Laut yang Jernih dan tidak begitu dalam. Lebih-lebih lagi di kawasan yang terdapat terumbu karang.

Sarang Burung Laut Organik atau Rumput Laut ini amat dikenali di kalangan Masyarakt China, Jepun, Taiwan, Hawaii, Britian dan Amerika serta Asia sejak Ribuan tahun yang lalu. Dikenali dengan pelbagai nama seperti "seaweed" di Barat, "Limu" di Hawaii, "purple laver" di britain dan di asia timur ini dipanggil sebagai "rumpai laut". "Rumpai Laut" atau "Sayur Laut" ia mengandungi Khasiat yang amat tinggi yang dikatakan hampir menyamai khasiat sarang burung layang-layang.

Secara keseluruhannya, pengambilan makanan alga seperti rumpai laut bukan sahaja memperoleh gizi seimbang, khasiat rumpai laut turut membersih tubuh daripada racun, pembuangan najis dengan lancar, anti kanser dan menurunkan kolesterol. Bukan hanya untuk kecantikan tetapi juga dapat mengelak dan mengurangkan penyakit serta awet muda. sarang burung lautan organik sememangnya selamat dan dijamin 100% halal.

Tiada ulasan: